Monday, August 31, 2009

Aktiviti Malam Merdeka :D

Actually... hari merdeka mcm nih... aku tak de meraikan di dataran.. tgk concert.. paling havoc yg pernah aku buat.. tgk bunga api kat tepi klcc... bukan tak cintakan negara... tapi bagi aku ada cara lain yg boleh aku tonjolkan dalam menyatakan betapa aku cintakan negara... huhu..

So.. malam merdeka, aku main bunga api ngan anak2, famili adik angkat aku (syaz & airul0, dan famili kakak angkat (kak shida & abg rafi) aku yang kebetulan semua berbuka puasa kat umah aku..

Lepas main bunga api dan conquer satu taman permainan kat umah aku tu.. kita org ramai2 layan G.I.Joe.. semua tiket sold out.. (dah bleh agak pun).. so kita org booking online kat Tropicana City D'sara.. Enjoiceee...!!




Balik tgk movie.. singgah minum kat Al-Azwath... well.. nampaklah kerenah anak2 muda yg aku rasa minda masih belum merdeka.. hhmm.. mengamuk, memaki, menendang tak tentu hala.. semata2, tgh menjamu selera.. satu Equine black out!! bukan salah restoran tu pun.. pastu ramai2 naik motor dgn aksi2 yg... hhmm tak payahlah nak citer... kadang2 terfikir... inikah melayu????

Merdeka Day!



Selamat Hari Merdeka!! Sebagai rakyat Malaysia... kita bangga menjadi warga Malaysia... Bertuahnya kita dilahirkan di bumi Malaysia...

Tapi kadang2.. ada juga jiwa sesetengah daripada kita yg masih tidak merdeka....

Renung2kan dan selamat beramal.. :D

Saturday, August 22, 2009

Orphan



Lepas berterawikh.. k.orang pergi tengok movie kat Singnature Garden. Nak tgk cite Orphan... Terpaksa pegi Garden sbb Mid Valley tiket dah sold out.. hhmm... RM20/- per ticket tuuu... sungguh sakit hati citer dia... perrgghh.. emosi aku terbawak2 geram jek ngan hband and Ester dlm movie tu even movie dah abih pun..
Kepada sesiapa yang tak tgk citer Orphan, pegilah tengok... confirm sakit hati!! mmg bestlah citer dia.. :p

Happy Puasa!



"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Sebagai umat Islam... kita sedang melangkah ke bulan yang penuh nikmat.. dari bulan2 yang lain... nak tahu iman kita tebal atau tidak.. kita boleh kaji amalan2 kita dalam bulan Ramadhan ini... Selamat berpuasa!!
Semalam berbuka puasa utk hari pertama di umah mak (Rawang).. yeebaa!!

Thursday, August 13, 2009

Lihatlah.... Rakan2 Kongsi Ku... :P

my hubby xde kat video nih... sbb dialah yang punyer keje rakam aksi2 giler nih.. huhu

haa!! yg ni aku yg rakam aksi d.org plak.. mcmmmm... hmmm...

Wedding Last Week








Minggu lepas ada 4 wedding... antara yang dapat aku kongsi kat sinilah.. Selamat Pengantin Baru untuk Awda dan pasangan (Cheras), Hazwani dan pasangan (persandingan ala2 Puteri Balqis gitu - Gombak dan Dewan Perdana Felda), Ayu dan pasangan (Sg Buaya, Rawang) dan Azlina dan pasangan (Taman Melati)...
Selamat menempuh hidup dan cerita baru bergelar suami dan isteri.. kuat2kan iman dan hati dalam menempuh bulan Ramadhan.. :D

Athiz Collections.. Melakar Memori Terindah Bersama Kami....

Seminar Diamond....!!








Bila buat bisness... (dlm Hai O lah kannn).. berjaya bersama2 rakan kongsi.. satu kenikmatan yang tak dapat nak digambarkan.. satu kepuasan sbb sama2 berada di Seminar Diamond (level ketiga diantara 5 level dalam Hai O) sama2 berjaya.. sama2 meraikan.. sama2 menikmati kepuasan..

Bila pergi seminar.. sama2 melapangkan dada menerima ilmu... sama2 membesarkan perut menikmati makanan... sama2 menghirup udara segar di Genting Highlands... sama2 ketawa dan terkinja2 menari poco-poco (part II)... sama2 menangis dalam mengharungi cabaran.. yang penting.. BERSAMA-SAMA...

Hai O.. My Choice For Life..